Eksperimen Kimia yang pertama dijalankan pada tahun ini.
Terdapat 5 faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Daripada 5 faktor tersebut, 2 eksperimen bagi mengkaji faktor kesan saiz dan kepekatan bahan terhadap faktor tindak balas telah dijalankan.
Bagi set induksi, kami menunjukkan demo melarutkan panadol soluble dalam bikar berisi air, di mana satu bikar menggunkan sebiji panadol soluble, manakala satu bikar lagi menggunakan serpihan kecil panadol soluble.
Jelas didapati bahawa ketulan kecil panadol soluble dapat larut lebih cepat dalam air dan habis bertindak balas terlebih dahulu berbanding seketul besar.
Seterusnya, semua putera dalam kelas dibahagikan kepada 6 kumpulan. 3 kumpulan menjalankan eksperimen faktor saiz bahan, manakala 3 kumpulan lagi menjalankan eksperimen faktor kepekatan. Kemudian, setiap kumpulan akan bertukar ke stesen bersebelahan bagi menjalankan eksperimen yang kedua.
Eksperimen yang dijalankan adalah:
1. Faktor saiz : tindak balas antara ketulan / serbuk marmar (kalsium karbonat ) dan asid hidroklorik
2. Faktor kepekatan: tindak balas antraa natrium tiosulfat dan asid sulfurik
Nampaknya, semua kumpulan berjaya menjalankan eksperimen dengan lancar dan mendapatkan data yang hampir tepat. Apa yang paling penting adalah keseronokan belajar & bekerja secara berkumpulan.
~ baca betul-betul. mata mesti berada pada paras meniskus air ok ~
~ kemahiran menimbang bahan menggunakan neraca elektronik ~
~ eksperimen faktor kepekatan ~
~ nice bubbles ~
Selepas semua kumpulan menamatkan eksperimen, setiap kumpulan membentangkan data masing-masing dan seterusnya melukiskan graf. Namun, disebabkan masa yang tidak mencukupi, maka bahagian analisis data akan dibentangkan semasa sesi PdPc seterusnya dalam kelas.
Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil, namun beberapa insiden kecil tetap berlaku, di mana ada seorang putera yang mengalami kecederaan ringan kerana terdapat radas yang pecah. Sebab itulah, taklimat keselamatan oleh guru sebelum eksperimen adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan.
Ada juga yang menjadikan kawasan makmal dibanjiri air (err.....ini mungkin bukan insiden kecil). Disebabkan oleh kemahiran inkuiri yang begitu tinggi menyebabkan beliau mencuba pancuran air dalam makmal yang biasa digunakan semasa kebakaran kecil dalam makmal. Pastinya insiden ini akan menjadi kenangan terindah oleh putera tersebut dan gurunya. hehehe............
Jadi oleh itu sentiasalah utamakan keselamatan semasa berada dalam makmal sains ok!
No comments:
Post a Comment