Panitia Kimia MTD tidak mahu ketinggalan dalam melaksanakan PdPc Abad ke-21. Walaupun PAK 21 tidak semstinya bermaksud PdPc menggunakan teknologi, namun seiring dengan ledakan teknologi maklumat masa kini, elemen ICT merupakan salah satu tools yang penting dan dapat menjadikan pengalaman belajar lebih menarik. Sementelahan pula, konsep digital classroom semakin mendapat tempat dalam institusi pendidikan kini.
Bagi mengoptimumkan penggunaan kemudahan ICT yang dibekalkan dalam setiap kelas, portal iLearnAce digunakan sebagai BBM semasa sesi PdPc dijalankan. Melalui portal ini, guru-guru dapat menunjukkan nota-nota penting bagi tajuk yang dibincangkan serta boleh memuatnaik video dalam portal individu masing-masing. Jadi, guru-guru tidak perlu lagi memuat turun video dan menyimpannya dalam dalam komputer, hanya perlu paste link video dalam portal tersebut.
Nampaknya, setakat ini semua guru dan putera MTD tertarik dengan penggunaan portal iLearnAce. Pengalaman mengajar guru menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa penyediaan BBM.
p/s: tak sabar menunggu semua putera dapat komputer tablet supaya portal iLearnAce dapat digunakan secara maksimum.
No comments:
Post a Comment